Posts

Showing posts from February, 2019
Image
Definisi Pantun PANTUN adalah sejenis puisi tradisional masyarakat Melayu yang wujud sejak zaman berzaman lagi. Pantun telah wujud sejak beberapa tahun lalu. PANTUN merupakan bentuk puisi tradisional yang terdiri daripada empat baris serangkap, empat perkataan sebaris, mempunyai rima a,b,a,b dengan beberapa variasi dan pengecualian.  Rangkap pembayang dan rangkap maksud.  Setiap rangkap tidak dapat berdiri sendiri dan biasanya rangkap-rangkap tersebut memerlukan beberapa rangkap lain untuk melengkapkan keseluruhan idea. Ciri-ciri Pantun PANTUN ialah karangan berangkap yang menggunakan bahasa-bahasa indah. Pantun wujud dalam satu rangkap yang sempurna dari segi maknanya. Setiap rangkap pantun terbahagi kepada dua bahagian iaitu bahagian pembayang dan satu lagi bahagian maksud. Bagi pantun empat kerat, baris satu dan dua adalah pembayang, manakala baris tiga dan empat adalah maksud. Bagi pantun dua kerat pula, baris pertama adalah pembayang dan ba